23 OKTOBER 2023 - GAPENA GENAP 53 TAHUN

23 OKTOBER 2023- GAPENA GENAP 53 TAHUN
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Diskusi Persuratan Melayu Bersama Angkatan Sasterawan 50, Singapura

Pada 15 Julai (Sabtu), bertempat di Hotel Tropical Inn, Johor Bahru berlansung perbincangan secara tidak rasmi antara Gapena, PPJ (Persatuan Penulis Johor) dan Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) bagi membincangkan kerjasama antara ASAS 50 dan PPJ. Turut dihadiri oleh Sdr. Fariz Husna Sajani, Timbalan Presiden dan Ariff Rizwan Sahab selaku Setiausaha ASAS 50, Ketua Satu GAPENA, Dato' Zainal Abidin Borhan, Ketua Satu Persatuan Penulis Johor (PPJ), En. Amiruddin Md Ali Hanafiah, Sdr Usman Ibrahim, Sdr. Saifullizan Yahaya Setiasusaha PENA dan Puan Norazimah Abu Bakar, Setiausaha Projek GAPENA. Perbincangan selama hampir 2 jam turut dihadiri oleh Tuan Hj Abdul Razak Adam, Ketua Satu Ikatan Persuratan Melayu (IPM) dan ahli-ahli PPJ.  

Melalui diskusi meja bulat secara tidak rasmi yang bermula sekitar 9.00 pagi ini, secara tidak langsung dapat menjana hubungan antara Singapura dan Malaysia untuk membina kerjasama dalam memartabatkan bahasa Melayu. Perkara ini termasuklah memaklumkan kepada ahli ASAS 50  mengenai program-program yang akan dilakukan oleh PPJ dan GAPENA akan datang. 

Pada akhir diskusi, Timbalan Presiden ASAS 50, Sdr. Fariz Husna Sajani menyampaikan dua buah karya hasil terbitan ASAS 50, iaitu Di Bawah Langit Tanah Pertiwi dan Hempedu di Tasik Madu.






Sambutan Jubli Emas Persatuan Penulis Johor (PPJ) Ke 50.

Pada 14 Julai 2017 (Jumaat) bersamaan 20 Syawal 1438H, telah berlangsung Sambutan Jubli Emas Persatuan Penulis Johor (PPJ) ke 50 bermula seawal jam 8.30 malam di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, Yayasan Warisan Johor. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Y.A.B Dato' Mohamed Khaled Bin Nordin yang turut diringi oleh Ketua Satu PPJ, iaitu En. Amiruddin bin Md. Ali Hanafiah dan Ketua Satu Gapena, iaitu Dato Zainal Abidin bin Borhan.

Antara Objektif utama Malam 50 Tahun Persatuan Penulis Johor adalah:



ii. Memberikan peluang penulis-penulis Johor menyatakan peranan dan sokongan kepada Kerajaan Negeri Johor melalui bidang bahasa, sastera, dan budaya.


iii. Mempamerkan sumbangan dan kejayaan yang telah dicapai oleh persatuan dalam menggerakkan aktiviti bahasa, sastera, budaya dan penulisan.


iv. Memberi penghargaan atas sumbangan dan jasa bakti tokoh-tokoh penulis Johor.


v. Mempertemukan penulis, ahli akademik, pemikir dan sasterawan untuk berdiskusi dan berkongsi idea segar dan baharu.


vi. Melahirkan para penulis khususnya golongan muda dalam pembentukan jati diri bangsa. 


Dalam majlis ini, Y.A.B Dato' Mohamed Khaled bin Nordin merasmikan Pelancaran Antologi Puisi 50 Tahun PPJ: Pemikir Bangsa, Pelancaran 50 Karya Penulis Johor dan diteruskan lagi dengan Penyampaian Hadiah Sayembara Penulisan Puisi Muafakat Johor, Anugerah Kepimpinan PPJ serta Penyampaian Cenderamata. Majlis tamat pada jam 11 malam dengan nyanyian lagu Muafakat Johor.