Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia atau ringkasnya 'GAPENA' ditubuhkan pada 23 Oktober 1970. GAPENA merupakan sebuah gabungan persatuan penulis dan budayawan di Malaysia yang berteraskan bahasa Melayu. GAPENA beribu pejabat di Rumah GAPENA, JKR 899, Jalan Belfield, Bukit Petaling, 50560 Kuala Lumpur, Malaysia.
Logo GAPENA ini telah diilustrasikan oleh sdr Mazlan Noor pada awal tahun 80an.
Logo GAPENA ini telah diilustrasikan oleh sdr Mazlan Noor pada awal tahun 80an.
Tujuan/Matlamat
- mempertahankan hanya Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia;
- Menyatupadukan semua rakyat negara ini menerusi Bahasa Kebangsaan yang tunggal iaitu Bahasa Melayu;
- berusaha untuk memajukan bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Kebangsaan di peringkat negeri, negara dan antarabangsa;
- Menyatupadukan persatuan-persatuan penulis Malaysia yang bergiat dalam Bahasa Kebangsaan;
- Mempertahankan dan memperjuangkan hak dan kepentingan penulis;
- Memberikan sumbangan moral secara positif kepada tujuan dan cita-cita Gabungan; dan
- Mengusahakan peluang-peluang untuk penulis-penulis memajukan bakat mereka.
Kegiatan Gabungan
- Mengeluarkan majalah/lidah rasmi;
- Mengusahakan penerbitan karya penulis dalam rangka memperkaya kesusasteraan dan ilmu pengetahuan;
- Mewakili penulis tanahair dalam hal-hal yang melibatkan kepentingan penulis di dalam:
a. Persidangan dan pertemuan-pertemuan penulis di dalam dan luar negeri;
b. Jawatankuasa-jawatankuasa dan lembaga-lembaga terutama sekali yang ada hubungan
dengan bahasa dan kesusasteraan.
c. Menjalankan kegiatan ekonomi yang dapat membantu golongan penulis;
d. Menjalankan langkah-langkah yang difikirkan patut dari semasa ke semasa, sesuai
dengan cita-cita Gabungan.
Keahlian Gabungan
- Anggota Gabungan terdiri dai persatuan penulis yang berdaftar dan menjalankan kegiatan penulisan dalam Bahasa Kebangsaan;
- Permohonan menjadi ahli mestilah diputuskan oleh mesyuarat agung Persatuan yang berkenaan;
- Permintaan untuk menjadi anggota Gabungan hendaklah dibuat melalui Setiusaha Satu, Gabungan dengan mengisi borang yang disedikan; dan
- Penerimaan mejadi anggota Gabungan adalah ditentukan oleh Jawatankuasa Kerja.
KEPIMPINAN GAPENA
KETUA SATU GAPENA
KETUA SATU GAPENA
YBHG DATUK HAJI ZAINAL ABIDIN DATUK WIRA BORHAN
KETUA SATU GAPENA
2016 - 2018
Seorang bekas staf akademik Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
yang mula berkhidmat sebagai Tutor pada 1977 dan kini bersara selepas berkhidmat
selama 34 tahun bersama Universiti Malaya. Selain sebagai bekas Profesor Madya,
juga bekas Pengarah di Akademi Pengajian Melayu (2006-2011). Lahir pada 13
Disember 1953, menerima pendidikan awal bermula di Melaka, di Tranquerah
English School, Gajah Berang Secondary School, kemudian ke Malay College Kuala
Kangsar dan akhirnya di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya pada
peringkat Sarjana Muda dan Sarjana. Bidang pengajian dan penyelidikan semasa
berkhidmat sebagai ahli akademik ialah mengenai kebudayaan dan tamadun Melayu,
meliputi persoalan adat Melayu, kosmologi Melayu, pemikiran Melayu, politik
Melayu, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, agama dan kepercayaan Melayu dan Budaya
Orang Asli serta Orang Laut. Di antara penerbitan dan suntingan beliau, Ideologi dan Kebudayaan Kebangsaan
(1986), Johor Dahulu dan Sekarang
(1994), Adat Istiadat Melayu Melaka (1996),
Warisan Persuratan Johor (1997), Pengajian Sastera dan Sosio-Budaya Melayu,
Memasuki Alaf Baru (1998), Warisan
Persuratan Johor, Perundangan dan Ketatanegaraan (1999), Kerana Mu Malaysia: Kemerdekaan, Pembinaan
Bangsa dan Cabaran Abad ke 21 (2001), Pantun
Warisan Rakyat (2008) dan Abdul Ghani
Othman: Pembangunan Holistik; Dimensi Kebudayaan (2008), Prosiding Seminar Antarabangsa Tenun
Nusantara: Kesinambungan Tradisi dan Budaya (2009), Prosiding Persidangan Antarabangsa Bahasa Melayu Bahasa Dunia
(2009) dan Prosiding Gagasan Satu
Malaysia: Kesinambungan Satu Perjuangan (2009). Penerima anugerah dan sijil
khidmat cemerlang di Universiti Malaya sebanyak enam kali pada tahun 1993,
1996, 1998, 2000, 2002 dan 2006.
Sering diundang ke forum dan seminar oleh Kementerian kebudayaan dan
Pelancongan, Kementerian Penerangan, DBP, Arkib Negara, Yayasan Warisan Johor,
Perbadanan Muzium Melaka, Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia
(IKSEP), Institusi Seni Melaka Malaysia (ISMMA), Muzium Negeri Pahang,
Institusi Integriti Malaysia, Universiti Utara Malaysia, Universiti Pendidikan
Sultan Idris (UPSI) dan lain-lain. Di peringkat serantau dan Alam Melayu,
sering membentang kertas kerja di Riau, Acheh, Sumatera Utara, Pontianak,
Jakarta, Bandung, Pattani, Yala, Mindanao, Sri Lanka Cape Town dan Madagaskar,
Beijing lantaran aktif dalam gerakan dan perjuangan kebudayaan kerana beliau
merupakan Setiausaha I Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA).
Menerima Bintang Kelakuan Terpuji (BKT) pada 1996 dan Darjah Seri Melaka (DSM)
pada 2003 dan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) pada 2005.
Mulai 15 Disember 2011 dilantik sebagai Ketua Eksekutif, Yayasan Karyawan.
Yayasan Karyawan ialah sebuah organisasi nir-laba (non-profit) yang menerbitkan Karya Agung Melayu. Dilantik sebagai
panel penasihat dan salah seorang penulis projek penerbitan Empayar Johor, dan panel penilai
Sayembara Penulisan Novel Sejarah Johor oleh Yayasan Warisan Johor. Telah
dilantik sebagai penilai program Akademi Pengajian Brunei, Universiti Brunei
Darussalam (2010-2012).