23 OKTOBER 2023 - GAPENA GENAP 53 TAHUN

23 OKTOBER 2023- GAPENA GENAP 53 TAHUN

Diskusi Persuratan Melayu Bersama Angkatan Sasterawan 50, Singapura

Pada 15 Julai (Sabtu), bertempat di Hotel Tropical Inn, Johor Bahru berlansung perbincangan secara tidak rasmi antara Gapena, PPJ (Persatuan Penulis Johor) dan Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) bagi membincangkan kerjasama antara ASAS 50 dan PPJ. Turut dihadiri oleh Sdr. Fariz Husna Sajani, Timbalan Presiden dan Ariff Rizwan Sahab selaku Setiausaha ASAS 50, Ketua Satu GAPENA, Dato' Zainal Abidin Borhan, Ketua Satu Persatuan Penulis Johor (PPJ), En. Amiruddin Md Ali Hanafiah, Sdr Usman Ibrahim, Sdr. Saifullizan Yahaya Setiasusaha PENA dan Puan Norazimah Abu Bakar, Setiausaha Projek GAPENA. Perbincangan selama hampir 2 jam turut dihadiri oleh Tuan Hj Abdul Razak Adam, Ketua Satu Ikatan Persuratan Melayu (IPM) dan ahli-ahli PPJ.  

Melalui diskusi meja bulat secara tidak rasmi yang bermula sekitar 9.00 pagi ini, secara tidak langsung dapat menjana hubungan antara Singapura dan Malaysia untuk membina kerjasama dalam memartabatkan bahasa Melayu. Perkara ini termasuklah memaklumkan kepada ahli ASAS 50  mengenai program-program yang akan dilakukan oleh PPJ dan GAPENA akan datang. 

Pada akhir diskusi, Timbalan Presiden ASAS 50, Sdr. Fariz Husna Sajani menyampaikan dua buah karya hasil terbitan ASAS 50, iaitu Di Bawah Langit Tanah Pertiwi dan Hempedu di Tasik Madu.