23 OKTOBER 2023 - GAPENA GENAP 53 TAHUN

23 OKTOBER 2023- GAPENA GENAP 53 TAHUN

Mesyuarat Khas GAPENA 2018-2022

5 Ogos 2017, Hotel Midah, Kuala Lumpur - Satu mesyuarat khas GAPENA bersama ahli jawatankuasa yang terdiri daripada Ketua Satu, Dato' Zainal Abidin Borhan, Ketua Dua, En. Amiruddin Md Ali Hanfiah, Setiausaha Satu, Tuan Haji Hamzah Hamdani, Setiausaha Dua, En.Usman Ibrahim, Bendahari, Prof.Madya Dr. Hashim Ismail dan juga ahli jawatankuasa yang bernaung di bahawa GAPENA, iaitu Dr.Saleeh Rahamad, Sdr.Jasni Matlani, Datuk Dr. Haji Mohamed Mansor Abdullah, Dato' Drs Haji Anuar Ahmad, Prof Datuk Dr. Zainal Kling, Sdr.Zulkhairi Zainal dan Sdr.Ja'afar Haji Hamdan. Dalam mesyuarat ini membincangkan dan merangka masa hadapan GAPENA pada lima tahun akan datang. 

Antara perkara yang turut dibincangkan bersama adalah berkaitan sistem pentadbiran, pengurusan, kewangan, hubungan luar, penerbitan dan dasar dan gagasan GAPENA. Disertai juga dengan perbincangan mengenai Bengkel Muafakat Pelan Strategik GAPENA bagi 22 badan gabungan yang akan berlangsung pada 18 - 20 Ogos 2017 di Bayview Hotel, Melaka. Dalam pada masa yang sama juga, perlantikan jawatankuasa bagi Sayembara Penulisan Karya Futuristik turut melantik Tuan Haji Hamzah Hamdani sebagai penyelaras, Prof. Madya Dr. Hashim Ismail sebagai ketua dan juga ahli jawatankuasa dibawahnya, iaitu Prof. Datuk Dr. Zainal Kling, Sdr. Jasni Matlani, dan Dr. Saleeh Rahamad.



No comments:

Post a Comment