23 OKTOBER 2023 - GAPENA GENAP 53 TAHUN

23 OKTOBER 2023- GAPENA GENAP 53 TAHUN

Bengkel/Permukiman Pelan Perancangan Strategik GAPENA


18-20 Ogos 2017, Bayview Hotel, Melaka - Telah berlangsung Bengkel/Permukiman Pelan Strategik GAPENA selama tiga hari dua malam yang melibatkan 22 badan gabungan di seluruh negeri. Perasmian bengkel ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Wira Haji Othman Muhammad selaku Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka. Dalam bengkel ini, setiap badan gabungan yang hadir dipecahkan kepada enam kumpulan untuk membincangkan mengenai pelan strategik. Setiap kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan dalam kumpulan. Antara isu yang dibentangkan, adalah mengenai sistem pendtadbiran, pengurusan kewangan, hubungan luar, penerbitan dan dasar dan gagasan yang terangkum di dalamnya ancaman, kelemahan, kekuatan dan peluang.

Pada hari terakhir bengkel, Ketua Satu GAPENA, Datuk Haji Zainal Abidin Borhan, Ketua Dua, Sdr. Amiruddin Md Ali Hanafiah memberikan rumusan keseluruhan pelan strategik hasil daripada pembentangan setiap kumpulan. 




Hari Pertama Bengkel/Permukiman Pelan Strategik 








Hari Kedua : Perbincangan Dalam Kumpulan




No comments:

Post a Comment