23 OKTOBER 2023 - GAPENA GENAP 53 TAHUN

23 OKTOBER 2023- GAPENA GENAP 53 TAHUN

PERJUANGAN GAPENA



KAMI BANTAH DLP

Merujuk kepada Pembentangan Bajet 2016 oleh YAB Perdana Menteri di Parlimen pada 23 Oktober 2015,  telah memperkenalkan Program Dwibahasa (Dual Language Programme) dalam sistem pendidikan kebangsaan dan akan dilaksanakan di 300 sekolah secara sukarela bermula pada tahun hadapan dengan memperuntukkan belanjawan sejumlah RM135j.

Pengumuman ini telah menimbulkan kemarahan, kritikan, pandangan, malahan bantahan dalam kalangan orang Melayu khususnya NGO-NGO Melayu. Mereka berpendapat bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar yang sudah begitu mantap dan sudah digunakan di sekolah-sekolah. Ini terbukti apabila lahirnya jutaan pelajar yang menyumbang kepada kemajuan ekonomi Malaysia pada masa kini.


Para NGO berpandangan bahawa pengajaran bahasa Inggeris di sekolah sememangnya wajar diajar dengan lebih berkesan dan menghasilkan pelajar yang mahir dalam bahasa ini. Namun begitu, bukan dengan cara Program Dwibahasa ini yang dilihat lebih menekankan kepada pengajaran Sains dan Matematik yang seterusnya menjadi ancaman kepada bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

Ekoran daripada kekecewaan ini, pelbagai idea, resolusi, kenyataan media yang dilakukan untuk membantah Program Dwibahasa ini. Program Ratib Puisi 152 telah diadakan pada 27 November 2015 bertempat di Rumah GAPENA yang menghimpunkan para cendikiawan, sasterawan, budayawan dan pejuang bahasa dalam sebulat suara menyuarakan bantahan ini.

Sumber:Majalah Sastera & Warisan Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) Edisi 2015/2016 (3)


Antara faktor dan tujuan bantahan ini dilakukan adalah :

i) Mempertahankan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara mengikut Akta 152(6) Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pendidikan 1996, bahawa bahasa Melayu adalah bahasa ilmu di sekolah-sekolah;

ii) Membantah perlaksanaan program HIP dan DLP dalam sistem pendidikan kebangsaan yang boleh mengancam pendidikan bahasa Melayu dalam pembangunan negara bangsa.


Lagi isu berkaitan DLP :

Isu Program Dwi-Bahasa: 'Sakitnya di kepala, kenapa diberi ubat cirit?' - Gapena


Program DLP: Murid Melayu di SK jadi mangsa kezaliman

DLP bukan penyelesaian kelemahan penguasaan Bahasa Inggeris


Tangguh perlaksanaan Program Dwibahasa