23 OKTOBER 2023 - GAPENA GENAP 53 TAHUN

23 OKTOBER 2023- GAPENA GENAP 53 TAHUN

GAPENA & ASTERAWANI BRUNEI


PERTEMUAN SECARA TIDAK RASMI
26 Julai 2017, Bandar Sri Begawan Brunei - Satu pertemuan secara tidak rasmi antara Puan Norazimah Abu Bakar, Setiausaha Projek GAPENA bersama Asterawani Brunei yang diketuai oleh Prof. Madya Ampuan Dr. Hj. Brahim bin Ampuan Hj. Tengah : Ketua I turut hadir bersama Tuan Hj. Jawawi bin Hj. Ahmad: Ketua II ASTERAWANI dan Tuan Hj. Md. Hussain bin Abd. Rahman: Setiausaha I Asterawani Brunei telah diadakan di Nastaeen Restoran, Kulaip Brunei. Hubungan GAPENA dan Asterawani Brunei yang masih berjalan mesra sehingga kini adalah bagi mengundang bersama  Asterawani Brunei ke acara Dialog Teluk Ke-10 yang bakal diadakan di Lawas, Sarawak pada 20 September - 1 Oktober 2017 dan tidak ketinggalan ke acara Pertemuan Dunia Melayu di Bangkok pada pertengahan akhir November 2017. Selama dalam percutian di Brunei, SU Projek GAPENA juga turut meluangkan masa mengunjungi pejabat Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei di Berakas Brunei bagi menyampaikan surat undangan GAPENA. Penyerahan surat telah disempurnakan kepada Tn Suip Hj. Abdul Wahab, Pemangku Pengarah DBP Brunei, turut bersama menemani ialah Tuan Hj. Jawawi bin Hj. Ahmad: Ketua II ASTERAWANI.