23 OKTOBER 2023 - GAPENA GENAP 53 TAHUN

23 OKTOBER 2023- GAPENA GENAP 53 TAHUN

Kenyataan Akhbar Berita Harian

Tarik balik Hadiah Nobel Keamanan Suu Kyi : GAPENA


KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) mendesak Hadiah Nobel Keamanan ditarik balik daripada Aung San Suu Kyi kerana tidak lagi berpegang kepada prinsip keamanan dan kemanusiaan.
Ketua Satunya, Datuk Zainal Abidin Borhan, berkata desakan itu dibuat pihaknya bersama 22 badan gabungan dan seluruh masyarakat penulis di negara ini kerana tindakan pilih kasih Suu Kyi itu menampakkannya seorang yang zalim dan tidak berperi kemanusiaan.
"Pedih rasanya melihat kekejaman, kezaliman dan kerakusan yang dilakukan oleh regim pemerintahan Myanmar terhadap 1.2 juta orang etnik Rohingya. Suu Kyi sebagai sebahagian daripada regim itu turut bertanggungjawab.
"Pembersihan sadistik terhadap etnik Rohingya ialah tindakan paling kejam yang menyalahi prinsip dan nilai kemanusiaan, manakala Suu Kyi yang juga Pemenang Hadiah Nobel Keamanan mencemarkan kedudukannya sendiri sebagai penerima hadiah berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Zainal Abidin berkata, GAPENA mendesak Malaysia untuk memanggil mesyuarat tergempar Menteri-Menteri Luar ASEAN untuk mencari jalan keluar menyelesaikan masalah berkenaan.
"Kami juga mendesak kerajaan memanggil mesyuarat tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dengan segera membincangkan tindakan yang perlu diambil menyelamatkan maruah etnik Rohingya yang beragama Islam.
"GAPENA turut mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengadakan sidangnya segera dan juga menyeru masyarakat dunia yang cintakan keamanan untuk menuntut regim pemerintahan Myanmar dan Suu Kyi memberhentikan tindakan kezaliman dan penghapusan etnik Rohingya," katanya.


No comments:

Post a Comment