Sayembara Penulisan Novel Futuristik GAPENA-DBP 2018 ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia dengan menawarkan hadiah seperti berikut :
Pertama : RM25,000.00 Kedua : RM20,000.00 Ketiga : RM15,000.00 Saguhati : RM5,000.00 (3 hadiah)
Borang penyertaan dan sebarang maklumat lanjut tentang syarat penyertaan boleh menghubungi Urus Setia Sayembara : Urus Setia Sayembara Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) Rumah GAPENA JKR 899 Jalan Belfield 50460 Kuala Lumpur (UP : Tuan Hj Hamzah Hamdani) Tel : +6019 3855047, +6019-3196560 Emel : spfgapena@gmail.com
8 Julai 2017, GAPENA, Kuala Lumpur - Satu mesyuarat dijalankan di Rumah GAPENA yang melibatkan jawatankuasa bagi Sayembara Penulisan Novel Futuristik, iaitu Tuan Haji Hamzah Hamdani selaku Penyelaras, Prof. Madya Dr. Hashim Ismail sebagai ketua dan ahli jawatankuasa lain, iaitu Dr. Saleeh Rahamad, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling dan Sdr. Jasni Matlani. Dalam mesyuarat ini membincangkan mengenai
Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Ke-31, 2017, Peringkat Kebangsaan 7 Oktober 2017 3 Petang Auditorium Dewan Bahasa Dan Pustaka
SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI KEMERDEKAAN
KE-31, 2017
PERINGKAT KEBANGSAAN
07 Okt 2017 (Sabtu)
3.00 petang
Auditorium DBP,
Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur
KUALA
LUMPUR, 7 OKTOBER 2017 – Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA)
bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menganjurkan Sayembara Deklamasi Puisi
Kemerdekaan (SPDK), Peringkat Kebangsaan bagi kali ke-31, tahun 2017 pada 7 Oktober (Sabtu) jam 3 petang
bertempat di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan
(SDPK) ke 31 yang dianjurkan setiap tahun sejak 1987 ini bakal menyaksikan 19
peserta yang mewakili negeri-negeri termasuk Institut Pengajian Tinggi Awam
(IPTA), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan
Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) yang telah bertanding di peringkat
negeri dan institusi masing-masing bermula 2 September dan berakhir 29
September 2017 lalu.
Institut Pendidikan Guru Malaysia
(IPGM) dan PDRM sekadar menghantar wakil mereka bagi sayembara tahun ini bagi
melengkapkan 19 peserta bertanding bagi merebut Piala Pusingan Yang Amat
Berhormat Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri
Malaysia.Piala Pusingan kedua ini digantikan dengan Piala Pusingan
Yang Berhormat Tun Ghaffar Baba, Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang
sudah 30 tahun digunakan sebagai Piala Pusingan Sayembara Deklamasi Puisi
Kemerdekaan yang menjadikan rebutan para deklamator selama ini.
Sayembara tahun ini menampilkan seramai 11 orang peserta
atau muka baru ke peringkat kebangsaan yang terdiri daripada Wan Muhammad Hanif Bin Wan Abd Hamid (Perlis), Noor Azli Bin Sudin (Perak), Md Muzaini Said (Melaka), Nur Husnina Bt.Yusof (Kelantan), Mohd Shareezad Abdul Satad (Terengganu), Dayangku Afizah Abdul Latif (Sabah), Mohd Nor Saizaly Kok (Wilayah Persekutuan
Labuan), Mohd Redzwan Bin
Abdul Majid
(Sarawak), Staf Sarjan (Yos)
Marzelan Bin Md Jusoh
(ATM), Wan Fatimah Wan
Abdullah
(IPTA) dan Nurlyana Bt Ezani (IPGM). Manakala deklamator-deklamator yang
merupakan peserta lama ialah SM Mohd Yusof Ramji (PDRM), Zaheera Ibrahim (Kedah),
Noorfaizatul Hanim Mohd Nor (Pulau Pinang), Mohamad Fairul Bin Rashid (Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur), Nur Sharina Cik
Ibrahim (Selangor), Mohd Fazreen Bin Mohd (Negeri Sembilan), Shahrul Nizam Mohd Aman (Johor) dan Mat Nordin Bin Mat Salleh (Pahang).
Majlis Penyampaian Hadiah akan disempurnakan
oleh Yang Berhormat
Datuk Seri Johari Bin Abdul Ghani, Menteri Kewangan II, Kementerian Kewangan
Malaysia. Johan
SDPK 2017 akan membawa pulang Piala Pusingan Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr.
Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia bersama wang tunai
RM5,000.00, hadiah iringan dan sijil penyertaan. Naib Johan menerima wang tunai RM3,000.00,
hadiah iringan dan sijil penyertaan, tempat ketiga menerima wang tunai
RM2,000.00, hadiah iringan dan sijil penyertaan manakala saguhati akan menerima
wang tunai RM300.00, hadiah iringan dan sijil penyertaan.
Para peserta akan mendeklamasikan
puisi-puisi yang dipilih oleh Jawatankuasa Penganjur daripada Antologi Puisi
Lentera Zaman terbitan GAPENA.
Kepada semua peminat seni dan sastera
tanahair dan orang ramai adalah dijemput hadir pada kedua-dua malam tersebut.
Beberapa persembahan menarik turut juga akan disajikan sebagai selingan
pertandingan. Masuk adalah percuma.