23 OKTOBER 2023 - GAPENA GENAP 53 TAHUN

23 OKTOBER 2023- GAPENA GENAP 53 TAHUN

Sambutan Jubli Emas Persatuan Penulis Johor (PPJ) Ke 50.

Pada 14 Julai 2017 (Jumaat) bersamaan 20 Syawal 1438H, telah berlangsung Sambutan Jubli Emas Persatuan Penulis Johor (PPJ) ke 50 bermula seawal jam 8.30 malam di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, Yayasan Warisan Johor. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Y.A.B Dato' Mohamed Khaled Bin Nordin yang turut diringi oleh Ketua Satu PPJ, iaitu En. Amiruddin bin Md. Ali Hanafiah dan Ketua Satu Gapena, iaitu Dato Zainal Abidin bin Borhan.

Antara Objektif utama Malam 50 Tahun Persatuan Penulis Johor adalah:



ii. Memberikan peluang penulis-penulis Johor menyatakan peranan dan sokongan kepada Kerajaan Negeri Johor melalui bidang bahasa, sastera, dan budaya.


iii. Mempamerkan sumbangan dan kejayaan yang telah dicapai oleh persatuan dalam menggerakkan aktiviti bahasa, sastera, budaya dan penulisan.


iv. Memberi penghargaan atas sumbangan dan jasa bakti tokoh-tokoh penulis Johor.


v. Mempertemukan penulis, ahli akademik, pemikir dan sasterawan untuk berdiskusi dan berkongsi idea segar dan baharu.


vi. Melahirkan para penulis khususnya golongan muda dalam pembentukan jati diri bangsa. 


Dalam majlis ini, Y.A.B Dato' Mohamed Khaled bin Nordin merasmikan Pelancaran Antologi Puisi 50 Tahun PPJ: Pemikir Bangsa, Pelancaran 50 Karya Penulis Johor dan diteruskan lagi dengan Penyampaian Hadiah Sayembara Penulisan Puisi Muafakat Johor, Anugerah Kepimpinan PPJ serta Penyampaian CenderamataMajlis tamat pada jam 11 malam dengan nyanyian lagu Muafakat Johor.